Buku berani gagal pdf


















To learn more, view our Privacy Policy. Log In Sign Up. Download Free PDF. Hadhara Rizka. Download PDF. A short summary of this paper. Sahabatku Saat Engkau sedang membaca kalimat ini aku sedang mengetukmu, izinkan dirimu untuk membuka pintunya. Engkaulah orang yang berhasil itu. Yakinlah, seperti yakinnya aku bahwa engkau akan benar benar berhasil. Menetaslah sebelum mereka mengambilmu untuk dijadikan telur dadar.

Bab 26 : Anda Calon Pengusaha Muda? Anda harus baca ini! Harus Ready Dong!! Jika 2 Ebook motivasi ini menjadi syarat untuk anda bisa segera berubah dan menatap semua kemungkinan dengan optimis. Why Not?? Related Papers. To browse Academia. Log in with Facebook Log in with Google. Remember me on this computer. Enter the email address you signed up with and we'll email you a reset link. Need an account? Click here to sign up. Download Free PDF. Berani untuk gagal. Awal Alami. A short summary of this paper.

Berani Untuk Gagal Apabila kita bercerita tentang kegagalan pasti topik yang dibincangkan akan cuba dielakkan supaya kita tidak memikirkan tentang kegagalan. Hal ini demikian kerana, kegagalan merupakan suatu perkara yang menyakitkan dan memberikan kesan negatif kepada seseorang. Manusia lebih suka diri dianggap berjaya dan sentiasa berada di atas, malangnya kehidupan bukanlah diaturkan begitu dan statik tanpa sebarang perubahan.

Hidup ini umpama roda yang kadang- kadang berputar dan apabila kita berada di atas pasti ada orang yang berada di bawah, tetapi roda tersebut akan berputar mungkin pada masa yang kita tidak jangkakan. Persoalan yang akan timbul adakah kita bersedia untuk menghadapi putaran roda tersebut?. Seorang guru memasuki kelas pelajar tingkatan 5 yang terdiri daripada pelajar cemerlang, dia bertanya kepada pelajar- pelajarnya, siapakah yang ingin mendapat kejayaan 10 A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM?.

Kesemua anak muridnya mengangkat tangan kecuali seorang sahaja. Guru tersebut berasa hairan mengapa pelajar ini tidak menyatakan ingin berjaya. Lalu guru tersebut bertanya mengapakah kamu tidak mahu mengangkat tangan ketika saya bertanya tadi?. Jawab pelajar tersebut, SPM bukan menentukan kejayaan hidup saya, tetapi sekiranya saya bersedia untuk kegagalan akan menjadikan saya lebih memikirkan kejayaan.

Kegagalan itu bukan bermakna kita akan tewas dalam menghadapi cabaran tetapi menjadikan diri individu itu unik. Kebiasaanya punca yang menjadikan hidup kita menolak kegagalan adalah disebabkan kita malu dengan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Ketika kita gagal kita akan mudah menyalahkan sama ada diri sendiri ataupun orang lain mungkin serba sedikit kita juga menyalahkan tuhan.

Apabila sifat malu untuk menghadapi kegagalan itu hilang sedikit demi sedikit maka kita akan memikirkan cara lain untuk menghadapi masalah yang dihadapi. Lebih baik kita menghadapi kegagalan daripada kita tidak pernah berusaha dan mencuba sesuatu perkara. Pepatah ini menunujukkan kita bukanlah kena bersakit sakit dahulu tetapi istilah sakit melambangkan tentang kesukaran kerana setiap kesukaran yang dihadapi pasti terdapat kesenangan.

Oleh itu, mungkin tanpa kita sedari kesusahan yang dihadapi akan menjadikan kita lebih matang dan menghargai kehidupan berbanding mereka yang hanya inginkan kehidupan yang mudah. Kegagalan adalah sesuatu perkara yang pasti berlaku dan yang membezakan kegagalan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan kita kepada kegagalan itu.

Thomos Edison tidak pernah jemu dalam berusaha untuk mencipta lampu mentol, bukan sekali atau bukan seratus kali tetapi dua ribu kali. Malah hasil kegagalan tersebut telah membuka ruang kepada para saints untuk melihat dan mengkaji faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut. Secara tidak langsung membolehkan para saintis mengetahui apa yang betul dan apa yang salah. Implikasinya teori- teori baru dapat diwujudkan dan dapat memberikan sumbangan kepada dunia. Ini bermakna apabila anda gagal jangan lupakan pelajarannya.

Setiap perkara yang dilakukan terdapat pengajaran, bukan hasil yang diharapkan akan tetapi pengajaran daripada kesilapan memberikan kesan kepada hasil yang diharapkan. Oleh itu, individu yang pernah mengalami kegagalan apabila diberikan peluang tidak akan mengulangi kegagalan tersebut.

Perjalanan hidup tidak mudah seperti yang diharapkan, jangan disangka langit yang cerah selama- lamanya cerah.



0コメント

  • 1000 / 1000